THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?
Powered By Blogger

Friday, January 23, 2009

CCT2013 Media Integratif

  • Definisi Multimedia
perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu:
  1. Multi: Banyak(many), Pelbagai(Multiple)
  2. Medium: Definasi secara umumnya medium adalah alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantara, alat penghantar, sesuatu bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau TV (Dewan Bahasa Dan Pustaka)
Sistem Multimedia pula ialah satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat( media) seperti teks, grafik, imej, animasi, video, dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif. Menurut F. Hofstetter, multimedia Literacy (1995) ialah:
"multimedia is the use of a computer to present and combine text, graphies, audio and video with links and tools that let the user navigate, interact, create and communicate"

Elemen-elimen Multimedia:
  1. Grafik
  2. Teks
  3. Animasi
  4. Bunyi
  5. Imej
  6. Video

kegunaan setiap elimen multimedia:

  • Teks
    Kegunaan teks dalam multimedia
    > Cara pemilihan fon yang sesuai
    > Menu untuk navigasi
    > Butang yang interaktif
    > Antara portrait dan landscape
    > Simbol
    > Ikon
    > Teks beranimasi

  • Audio
    > Sistem audiomultimedia
    > MIDI
    > Digital Audio
    > Format fail
    > Audio

  • Grafik
    > Bitmaps
    > Clipart
    > Vektor Grafik
    > Format fail animasi

  • Animasi
    > Asas Animasi
    > Teknik Animasi
    > format fail animasi

  • Video
    > Cara Video berfungsi
    > Kemampatan video (JPEG,MPEG,DVI)

Teknologi multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. bidang-bidang tersebut adalah:

  • Perniagaan
  • Pentadbiran
  • Pendidikan
  • Hiburan
  • Penyiaran


􀂉 Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Perniagaan.
Perniagaan memerlukan komunikasi, secara tradisinya dalam perniagaan boleh dilakukan secara :-
(a) Verbal
(b) Dari seorang ke seorang
(c) Dalam bentuk cetakan
(d) Menggunakan slide show
(e) Menggunakan video


􀂃 Multimedia berupaya untuk meniru setiap cara komunikasi yang disenaraikan tadi serta dapat menggabungkannya supaya menjadi satu tarikan yang lebih menarik.


􀂃 Aplikasi multimedia yang terlibat dalam bidang perniagaan ini termasuk


(a) Persembahan jualan (sales/market prsentations).
(b) Trade-show production
(c) Sistem latihan pekerja.
(d) Direct marketing
(e) Retail vending
(f) Point-of-sale information


􀂉 Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pentadbiran
􀂃 Keperluan pertahanan negara
􀂃 Penyebaran maklumat kepada rakyat
􀂉 Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pendidikan.
􀂃 Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yangpaling layak untuk menggunakan teknologi multimeida.


􀂃 Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio bersama-sama teks dan grafik, serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan.


􀂃 Dengan sistem multimedia, pihak pengajar boleh menegsan prestasi pelajar dengan memperolehi laporan setiap kali pelajar menggunakan bahan tersebut.

􀂃 Pendidikan juga boleh berlaku dirumah.
􀂃 Program pendidikan jarak jauh juga boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mempunyai ijazah diperingkat lebih tinggi.


􀂉 Penggunaan Multimeida Dalam Bidang Penyiaran
􀂃 Teknologi multimeida juga boleh dimanfaatkan dalam bidang penyiaran seperti :-
(a) Pengiklanan
(b) Pembikinan serita-cerita animasi dan stunt
(c) Peralatan audio dan video


􀂉 Penggunaan Multimedia Dalam Hiburan
􀂃 Teknologi multimedia juga banyak digunakan dalam bidang hiburan.
􀂃 Banyak permainan kini terdapat dalam bentuk CDROM danmengandungi elemen- elemen grafik, animasi, audio dan video. Namun pada pendapat saya bentukpermainan yang ganas dan tidak berfaedah perlu dibendung.
􀂃 Kini terdapat juga permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan. Perkataan edutaiment dirujuk sebagai education dan entertaiment. Permainan serupa ini mengajar kita supaya membuat perancangan dengan teliti dan mengasah orak mengira dengan betul, sambil berhibur.
􀂃 Video-on-demand merupakan satu lagi aplikasi multimeida berupa hiburan. Pengguna boleh memilih mana-mana rancangan yang terdapat dalam perpustakaan rancangan-rancangan dan boleh menontonnya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Pelanggan boleh mendapatkan apap-apa bahan mengikut cita rasa masing-masing asalakan ia terdapat didalam server.




Tuesday, January 6, 2009

biOdAta qU!


mOshi-mOshi! Ramlinah bt Runi nie nama penuh saya. kalau nak tahu nama nie hasil dari pada gabungan nama mAk & Ayah saya. tapi, kengkwn selalu panggil yan. SANDAKAN merupakan home town yan dekat SABAH. Apa yg menarik tentang sabah mestilah "GUNUNG KINABALU". kalau dekat sandakan pula tempat yang popular untuk dikunjungi ialah "Pusat Perhilitan Orang Utan SEPILOK" dan kawasan ini merupakan kawasan pemeliharan orang utan yang terbesar sekali di BORNEO. yan merupakan anak tunggal dalam keluarga dan bapa yan telah meninggal dunia masa yan kecik lagi. emmmmm, yan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah SRJK(C)Ming Chung. sekolah ini merupakan sekolah aliran cina dan secara tidak langsung yan fasih berkomunikasi dalam bahasa cina @ mandrin. masa kecil2 dulu mak yan yang beriya2 sangat nak masukkan yan dekat sekolah cina nie, dia kata " kalau masuk sekolah cina ada banyak kelebihanya daripada sekolah biasa" masa itu yan taktau apa2 lagi. tapi bila sudah besar barulah yan tau ada juga faedahnya. lagi pun bahasa cina sekarang sudah jadi bahasa yang semakin pentig terutamanya dalam bidang ekonomi. Biasalah orang cina kan mereka yang menguasai ekonomi kita. k, lepas tu yan bersekolah dekat SMK ELOPURA BESTARI dari form 1 sampai upper 6. Sekarang nie pula still study mana lagi kat UUM la.......,dalam bidang sarjana komunikasi. Hobi masa lapang pula suka tgk "MOVIE". yan suka sangat tengok movie jepun. "Hana Yori Dango" merupakan movie jepun yang paling yan suka.... maksudnya " Boys Over Flawer". Oleh sebab suka sangat tengok cite jepun saya sanggup ambil subjek bahasa asing dekat uum "NIHON-GO" apa lagi subjek bahasa jepunla. eh..... apa yg melalut panjang2 nie kla itu jak story pasal diri yan. kalau nak tahu lebih lanjut lagi datang la tanya sendiri kat orang yang punya badan er........... he3x.

Akhir kata dri salam perkenalan untuk sume! bye2 & sAyoUnAra......