THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?
Powered By Blogger

Sunday, March 29, 2009

ELIMEN-ELIMEN MULTIMEDIA

  • GRAFIK

Grafik merupakan salah satu daripada elemen multimedia. Grafik boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan lukisan atau ukiran seperti foto, lukisan klip dan sebagainya. Grafik juga memberi maksud penggunaan visual untuk tingkatkan konsep yang tidak dapat dijelaskan oleh elemen teks. Grafik juga dikatakan mampu menambah daya tarikan terhadap setiap paparan yang dihasilkan dan mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkasan disebabkan kejelasan, ketepatan dan konsisten berbanding penggunaan teks.


Contohnya, untuk menjelaskan sesuatu arah penggunaan elemen teks adalah tidak sesuai kerana tidak dapat menerangkan arah yang ingin dinyatakan tetapi jika menggunakan elemen grafik, lukisan peta dapat menggambarkan keadaan sebenar arah yang ingin dituju dan memudahkan kita memahami arah yang hendak dituju. Grafik dapat dibahagikan kebada dua iaitu imej bitmap atau raster dan imej vektor.


contoh imej bitmap atau raster





Susunan titik-titik yang terdrpat dalam bitmap dikenali sebagai Piksel(pixels).Bitmap mewakili sesebuah imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap dot/piksel yang wujud dalam membentuk sesuatu imej. Matrik satu dimensi (1 bit) diperlukan oleh komputer monokrom (hitam & putih). Depth (kedalaman) warna yang lebih tinggi diperlukan bagi mewakili elemen yang mempunyai lebih dari 16 juta warna. Ianya akan diwakili sebagai imej 4 bit, 8 bit, 16 bit dan sebagainya.


contoh imej vektor





Juga dikenali sebagai “draw-type Images” atau pun “Object Oriented Images” merupakan sesuatu imej yang dilukis menggunakan komputer. Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan dan sebagainya. Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut.



  • AUDIO

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak dapat lari daripada mendengar setiap bunyi yang datang daripada pelbagai keadaan. Bunyi yang kita dengar ini disebabkan oleh getaran udara di sekeliling kita dan getaran inilah dikenali sebagai gelombang audio. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels(db). manakala kadar perubahan tekanan udara tersebut dinamakan sebagai pitch. Frekuensi pula ialah audio yang diambil pada sesuatu masa yang ditetapkan dan diukur dalam persaat atau Hertz (Hz).



contoh bentuk gelombang:












Digital audio boleh diperolehi dengan dua kaedah yang pertama ialah bunyi direkod dan secara terus dipersembahkan dalam format digital. Kedua pula gelombang analog audio. Proses merekod dengan menggunakan kaedah tersebut memerlukan “sound card”. “Sound card” perlu diinstall ke dalam komputer untuk membolehkan gelombang audio analog diterjemahkan kepada denyutan digital audio bagi memudahkan proses pengeditan. Sebelum memulakan proses merakam, peralatan yang mesti digunakan secara spesifik ialah:


1. “sampling rate
2. “Bit depth
3. “Number channel”

Terdapat dua kaedah utama dalam penyimpanan data audio digital iaitu, secara gelombang
(Waveform audio) dan Musical Instrument Digital Interface (MIDI). Audio yang berbentuk gelombang (waveform audio) ini merupakan audio yang telah dirakam ke dalam bentuk digital dan disimpan. Audio ini juga akan dimainkan menerusi "Sound Card "yang sedia ada dalam komputer. Wave mengandungi sample bagi ampitud sesebuah audio yang pada sesuatu masa yang ditetapkan dan kemudian dimainkan pada kadar yang sesuai. Audio MIDI pula dihasilkan melalui tekanan pada keyboard yang akan direkodkan sebagai satu siri arahan dan akhirnya disimpan sebagai satu fail skor muzik dan boleh dihantar dari komputer ke peralatan elektronok yang lain.

  • VIDEO

Video boleh diketegorikan kepada dua jenis iaitu Video Analog dan Video Digital. Video analog merupakan vedio yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Gambar yang diambil menggunakan kamera video selalunya menggunakan media analog seperti, filem, tape dan tape HI-8. Setiap gembar ini diistilahkan sebagai bingkai(frame). kelajuan sesuatu gambar itu diambil atau kelajuan farme dimainkan ianya berkaitan dengan kadar bingkai (frame rate) yang dikira dalam bingkai persaat (frames per second (fps)). terdapat tiga jenis penyiaran analog terhadap televisyen berwarna iaitu:


  1. NTSC (Nasional Television System Committee)

  2. PAL (Phase Alternating Line)

  3. SECAM (Sequentiel Couleur Avec Memorie)


ketiga-tiga jenis analog video ini memiliki kelebihan tersendiri dan kadar frame (frame rate) juga berbeza. Kebanyakan negara asia atau negara kita khususnya menggunakan PAL dan NTSC pada televisyen. Namun kelemehan analog video ini ialah apabila penukaran setiap video yang kita lihat akan memberi kesan kepada kualiti video tersebut. Saiz file dan Kualiti nvideo digital dipengaruhi oleh "frame rate", "frame size(resolution)", "calour depth", "Frame Aspect Artio", dan "Pixel Aspect Ratio". Oleh kerana ruang storan yang diperlukan bagi sesutu faile video adalah terlalu besar, maka teknik pamadatan video telah diperkenalkan. terdapat dua jenis pemadatan yang sering digunakan atau utama iaitu:"LOSSLESS COMPRESSION" dan "LOSSY COMPRESSION".



Lossless compression merupakan suatu proses di mana setiap informasi yang berulang akan diwakili dalam bentuk kod. kod ini kemudiannya akan dirujuk setiap kali ianya diperlukan tanpa memerlukan data digandakan bagi tujuan yang sama. kualiti imej atau paparan video juga tidak akan terjejas sekiranya teknik ini digunakan. Manakala. Lossy compression pula berfungsi dengan memadamkan sebahagian daripada data yang ada pada sesutu imej video. hal ini akan menjadikan ratio atau nisbah pemadatannya adalah lebih baik berbanding dengan lossless compression. pemadatan jenis ini sangat sesuai digunakan untuk video kerana kualitinya sukar dikesan terhadap imej yang bergerak. Terdapat juga strategi lain yang digunakan untuk mengurangkan saiz file video antaranya ialah:


a)Mengurangkan saiz frame video

b)Mengurangkan kadar frame video

c)Untuk QuickTime @ AVI, pilih video compressor yang menyokong pemadatan yang tinggi

d) Mengurangkan Kualiti gambar audio










0 comments: